Kemaafan dendam yang terindah

Oleh: Zaila Mohamed Ali



"Afik, bagi karipap tiga!" Langkah Syafiq mati seketika.Terasa berat kepalanya hendak menoleh kerana dia tahu siapakah empunya suara Hu. Kalau diturutkan hati, mahu sahaja dia berlari laju-laju. Tetapi memikirkan dua bakul berisi kuih-muih yang dibawanya akan bertaburan ke tanah, Syafik membatalkan niat.Sambil menguatkan semangat, Syafiq bertawakal dengan apa yang bakal terjadi
"Eh, kan aku cakap aku nak kuih karipap tiga? Apalagi, bagilah!" Aziz segera merampas bakul yang separuh senget dipegang Syafiq. Ahmad dan Hamid yang mengekori langkah Aziz terkekeh-kekeh mengetawakannya.
"Aku tak boleh bagi kau semua kuih dengan percuma lagi. Nanti ayah aku marah," meluncur sahaja ayat itu dengan tenang daripada bibir Syafiq. Setelah sekian lama, dia sendiri tidak tahu dari manakah dia memperolehi kekuatan berkata demikian.
"Oh dah pandai menjawab sekarang. Siapa ajar kau menjawab hah?! Dasar budak tak ada emak! Aku tak kira, aku kata aku nak, kau mesti bagi!" semakin buas Aziz mengenakan Syafiq. Ditolaknya Syafiq sehingga terduduk. Habis bertaburan kesemua kuih yang baru hendak dihantar ke restoran Mak Piah. Cepat-cepat Ahmad dan Hamid mengutip beberapa keping kuih karipap, keria dan cucur badak yang masih panas.
Aziz membaling bakul kuih yang telah kosong ke muka Syafiq. "Nah, ambil balik!" katanya, puas.
Perlahan-lahan Syafiq bangkit. Dikutipnya kuih-muih di atas tanah. Sudan bosan dia menghadapi kehidupan yang sebegini rupa. Hari-hari yang dilaluinya terpaksa berhadapan dengan tiga orang pembuli itu - Aziz, Hamid dan Ahmad. Beberapa kali diadukan hal ini kepada bapanya, tetapi yang mampu diucapkan hanyalah sabar, sabar, sabar. Sampai bila dia harus bersabar, sedangkan ujian yang terpaksa dihadapinya semakin hari semakin menggoncang iman.
Syafiq semenjak kecil lagi sudah kehilangan ibu. Namun ayahnya yang hanya merupakan seorang buruh kasar tidak pernah mengabaikan tanggung-jawabnya sebagai bapa, sekaligus merangkap sebagai ibu. Setiap keperluan Syafiq dipenuhi, walaupun mungkin tidak begitu sempurna. Pelajaran Syafiq juga amat dititik beratkan, walaupun penda-patannya sebagai buruh binaan hanya cukup makan untuk menampung mere-ka bertiga, termasuk nenek Syafiq. Justeru, Syafiq yang sudah dilatih berdikari sedari kecil, membantu ayahnya dengan menjual kuih yang dibuat oleh neneknya.
Syafiq tidak pernah mendatangkan masalah kepada sesiapa pun. Cuma, kepintarannya di dalam bidang pelajaran walaupun berasal daripada keluarga susah menyebabkan ada yang berasa iri hati.
Pernah suatu ketika, apabila di-umumkan sebagai pelajar cemerlang di dalam kelasnya,Aziz mengejek sinis, "Afiq dapat nombor satu sebab meniru!" Padahal semua orang tahu tiada siapa yang mampu menyaingi Syafiq di dalam kelas itu.
Pada suatu masa yang lain, sedang Syafiq tekun menghadap buku sambil membuat kerja rumah di perpustakaan, Aziz dan rakan-rakannya datang mengganggu.
"Hei budak tak ada emak! Jangan nak berlagak rajinlah. Kalau dah miskin tu, miskin juga. Kau belajarlah tinggi melangit macam mana pun, tak akan kaya!" dengan angkuh Aziz berkata. Syafiq diam membisu. Dalam hatinya, entah berapa puluh kali dia beristighfar.
Tidak puas dengan tingkah Syafiq yang bersahaja dan tidak melawan, Aziz menarik barang-barang Syaifq. Diconteng-contengnya buku latihan matematik Syafiq sepuas-puas hati. Syafiq hanya mampu memandang sayu. Egonya ingin melawan, tetapi baginya, api kalau disimbah dengan api juga, maka semakin marak dan menyalalah kemarahan.Akibatnya pasti lebih dah-syat lagi. Sudahnya, sambil teresak-esak, Syafiq mengambil bukunya dan berlalu pergi.
Seringkali Syafiq terfikir, mengapalah agaknya Aziz dan rakan-rakannya begitu membenci dirinya. Syafiq tidak pernah tahu apakah sebabnya. Dia tidak pernah mengganggu Aziz dan rakan-rakannya. Lagipun,Aziz anak orang berada. Bapanya penghulu kampung. Ibunya membuka sebuah restoran di pekan. Keperluannya sentiasa ada. Pakaiannya berjenama.
"Banyak perkara lain lagi yang boleh dilakukannya, tetapi mengapa dia memilih untuuk mengganggu aku?" seringkali Syafiq berfikir begitu.
"Biarkan orang buat kita, asalkan kita tidak buat apa-apa pada orang, nak," pesan bapanya setiap kali dia mengadu-kan hal Aziz.
"Lambat-laun mereka akan sedar kesilapan yang mereka lakukan. Bersabarlah menempuh dugaan hidup ini," kata bapanya lagi.
Jika tidak kerana nasihat ayahnya, Syafiq memang sudah lama mahu membalas balik kata-kata Aziz. Tetapi kerana patuh dan akur pada nasihat ayahnya yang sentiasa redha dengan ketentuan Allah itu, Syafiq mendapat suntikan semangat yang kuat. Tambahan pula neneknya juga tidak putus-putus menggalakkan Syafiq supaya belajar bersungguh-sungguh agar dapat mem-bela nasib keluarga mereka.
Panas mentari petang itu menggigit-gigit kulit Syafiq. Seperti biasa, selepas pulang dari sekolah pada pukul 1.30 petang, Syafiq terus sahaja pulang ke rumah. Selesai menunaikan solat Zuhur, dia keluar kembali menghantar kuih yang telah siap digoreng neneknya ke restoran Mak Piah di pekan.
Sambil berjalan, Syafiq menyanyt-nyanyi kecil untuk menghiburkan hatinya. Tiba-tiba matanya tersorot pada sekujur tubuh yang terbaring di tengah jalan.
"Siapa agaknya di sana tu? Macam sedang mengerang kesakitan nam-paknya," detik hati Syafiq. Dia mem-percepatkan langkah. Dua buah bakul yang berisi kuih-muih terlantun-lantun dibawa Syafiq. Perlahan-lahan Syafiq menghampiri tubuh yang tangan dan kakinya berlumuran darah itu. Syafiq memangku kepalanya dan...
"Ya Allah! Aziz! Apa yang dah terjadi Aziz? Kenapa tangan dan kaki kau berlumuran darah?" jerit Syafiq separuh panik. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.
Aziz hanya mampu memandang sayu seraya berkata, "A..fiq.. toJong.. a..ku.. A..fiq.A..da ke..reta.. lang... gar. a..ku dan kemu.. dian la..ri," tersekat-sekat Aziz bersuara.Air matanya berderai-derai jatuh tidak dapat diseka lagi.
Tanpa membuang masa, Syafiq mengangkat tubuh Aziz dengan sepenuh tenaganya. Sebuah kereta Proton Wira yang kebetulan lalu segera ditahannya. Aziz dimasukkan ke dalam kereta dan dibawa ke hospital berdekatan. Syafiq langsung tidak memikirkan apa yang telah dilakukan Aziz terhadapnya sebelum ini.Apa yang penting, nyawa Aziz perlu diselamatkan terlebih dahulu.
Di hospital, Syafiq setia menunggu di sisi Aziz. Sesekali terangguk-angguk kepalanya menahan rasa mengantuk. Ibu dan bapa Aziz hanya mampu memandang sepi perlakuan Syafiq. Kesal dengan apa yang dilakukan oleh anak mereka sebelum ini, namun apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur. Syafiq yang sering menjadi mangsa buli anak mereka, kini menjadi penyelamatnya pula. Mujur kecederaan Aziz tidak begitu parah.
Perlahan-lahan Aziz membuka mata setelah sedar dari pengsan.
"Afiq.aku minta maaf.Aku selalu menyusahkan hidup kau.Tapi kau tak pernah ambil hati," Aziz menangis semahu-mahunya. Dia cuba bangun merangkul Syafiq, tetapi terjatuh kembali kerana tidak berdaya. Segera Syafiq menyambut tubuhnya."Sudahlah Aziz. Perkara yang lepas janganlah dikenang. Ayah aku selalu mengingatkan aku agar menjadi manusia yang tabah.Walau apa pun godaan yang datang, kita mesti kuat.Walaupun musuh menyerang, kalau masih boleh pertahankan diri, kita pertahankan. Kalau dah terpaksa, baru-lah boleh melawan.Aku tahu, kau sebe-narnya masih terkeliru antara siapa lawan dan siapa kawan."
Aziz memandang Syafiq dengan pandangan sayu.
"Tak mengapalah, Aziz," sambung Syafiq. "Mulakanlah hidup baru. Kita jadi kawan, ya? Aku maafkan segala kesala-han kau," tenang bibir Syafiq mengucap-kan kata-kata. Dilihatnya air mata Aziz semakin berhamburan keluar.
"Aziz, kau tahu tak, setiap kali kau menyakitkan hati aku, memang aku diam, tetapi aku sebenarnya menahan dendam.Tetapi saat yang terindah bagi aku ialah apabila kau meminta maaf. Sekarang dendam itu sudah terpadam sepenuhnya-Aku sentiasa berdoa pada Allah agar dibukakan hati kau untuk kembali ke jalan yang benar. Alhamdulillah akhirnya kau sedar juga," Syafiq menambah.Aziz ditampar rasa bersalah yang amat.
Semenjak itu, Aziz amat kesal di atas segala perlakuannya terhadap Syafiq. Dia bersyukur ke hadrat llahi kerana kemalangan yang menimpa telah menjadi titik-tolak untuknya berubah. Dia berazam untuk menjadi sekuat Syafiq;
walaupun sering mengalah, namun akhirnya menang di atas sifat lurus dan jujurnya. Walaupun hatinya pedih disaki-ti, namun diubatnya dengan istighfar dan mendoakan kesejahteraan ke atas Aziz pula.

30 Petuah Bahagia

MENCINTAI dan dicintai adalah naluri yang dimiliki semua makhluk di dunia ini. Selain manusia, makhluk yang menghuni isi alam ini termasuk haiwan juga dianugerahi perasaan sedemikian.

Rasa cinta, kasih sayang dan membina impian untuk hidup bahagia bersama pasangan yang dicintai menjadi harapan kepada pasangan bercinta.

Bagi merealisasikan setiap impian berkenaan, pasangan yang bercinta sering mendambakan harapan supaya suatu hari nanti mereka mampu bersatu dan mendayung kebahagiaan bersama hingga ke akhir hayat.

Namun bukan semua harapan itu dipenuhi. Ada kalanya setiap perhubungan diuji bagi mengenal sejauh mana kentalnya rasa kasih pasangan. Adakah anda tabah dengan dugaan yang diberi?

Apapun, 30 petua berikut mungkin boleh dijadikan asas penting kepada pasangan yang bercinta supaya hubungan terus kukuh, intim dan akhirnya menjadi insan paling bahagia di dunia ini.

1. Setiap insan ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang seseorang itu bertemu jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insya-Allah akan menemukan anda dengan pasangan.

3. Banyak orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan akan membenci anda.

8. Harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangan pada bila- bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan.

14. Tidak salah bagi wanita memulakan usaha untuk berkenalan. Lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya wanita yang memulakannya.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati serta bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain serta seronok untuk didampingi orang lain.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sesiapa saja boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang ringkas, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan reda dengan setiap pemberian lelaki terbabit.

23. Wanita mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Oleh itu, lelaki janganlah terlalu berjimat atau kedekut.

24. Lelaki harus belajar mengenal kerenah, perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebencian wanita.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan perbezaan sifat, tindakan serta minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi serta melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering berasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki membentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan bersama.

Petuah Menghadapi Pertengkaran

Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai dengan keinginannya. Tetapi banyak juga yang pandai menyesuaikan diri dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya.

Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar sama sekali semenjak hidup bersama karena hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian.

Hakikat Pertengkaran

1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan.

2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya.

3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akandatang.

4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.

5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar.

6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.

Petua-petua menghadapi pertengkaran :

1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesai kan masalah secara bersama.

2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama kerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana,

3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti: "Ini semua salah kamu...!", "Engkau bodoh...!", " Engkau selalu melakukan kesalahan... !" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu...", "Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain- lain.

5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.

6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yanglebih hebat.

7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.

8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kena ini akan menjadikan anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud banyak lagi masalah lain.F. Petua memilih wanita idaman atau perempuan.

Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai dengan keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya.

sumber : promote5

 

©2009 my mind | by TNB